Wednesday, December 16, 2009

WARTAWAN PERTANIAN

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim meminta wartawan di negara ini meingkatkan jumlah penulisan mengenai pertanian, penternakan dan perikanan.

Beliau mencadangkan media cetak dan elektronik di negara ini mewujudkan unit pertanian masing-masing agar lebih fokus dalam menyebar dan berkongsi pengalaman dan kejayaan yang dicapai dalam bidang itu.

Justeru penyebaran maklumat berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan oleh pihak media akan dapat menyedarkan serta menyuntik semangat mengenai kepentingan bidang terbabit dalam menentukan masa depan negara.

No comments: