Friday, December 18, 2009

SERATUS JUTA UNTUK NELAYAN ASING



















































































Di Kuala Terengganu pada 17 Dis lalu Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Operasi) Suhaili Lee berkata kerajaan sedang mengambil langkah mengurangkan jumlah nelayan asing di negara ini bagi mengekang pengaliran wang ke luar negara.
Ini kerana Kerajaan terpaksa menanggung kos hampir seratus juta ringgit setahun untuk bayaran upah kepada lebih 30,000 nelayan asing yang bekerja di sektor perikanan. Dianggarkan sebanyak 1.3 juta tan metrik ikan bernilai kira-kira RM3.9 bilion didaratkan di seluruh negara setiap tahun.
Kira-kira 30 peratus tenaga kerja dalam sektor perikanan negara kini dikuasai oleh nelayan-nelayan asing seperti Thailand dan Filipina.
Beliau menutup Kursus Pembangunan Nakhoda dan penyampaian sijil kepada 52 pelatih Institut Perikanan Malaysia (IPM) Chendering,Kuala Terengganu
Kursus perikanan kepada anak tempatan yang dilaksanakan setakat ini melahirkan lebih 500 nelayan seluruh negara.

No comments: