Saturday, December 12, 2009

AYAM KAMPUNG KESEJUKAN











Jabatan Pertanian Terengganu menganggarkan 1,439 hektar kawasan pertanian musnah akibat banjir baru-baru ini.

Pengarahnya Md Yusoff Maidin berkata ia membabitkan tanaman termasuk sayur-sayuran dan padi dengan jumlah kerugian mencecah RM5 juta.

Ia adalah anggaran kasar dan akan perhalusi untuk mempastikan jumlah sebenar yang dijangka lebih banyak.

1,927 petani terjejas akibat bencana alam itu dan bancian sedang diproses.

Beliau berkata petani-petani berkenaan akan dibantu apa yang perlu bagi membolehkan mereka mengusahakan tanaman masing-masing.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaporkan kira-kira 1,883 ekor lembu dan ayam telah musnah dalam kejadian banjir kali ini, dengan anggaran kerugian mencecah RM 113,000.

Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata ternakan berkenaan adalah milik 32 penternak dari seluruh negeri dan laporan akan dihantar ke Ibu Pejabat Veterinar di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

No comments: